comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Sarang persundalan diserbu, 58 warga asing tawar khidmat seks serendah RM50 ditahan

Sebahagian warga asing yang ditahan.

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

PELABUHAN KLANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu kawasan rumah kedai usang yang dijadikan tempat aktiviti tidak bermoral di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, seramai 60 orang telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

Daripada jumlah itu, seramai 58 warga asing serta dua warga tempatan telah ditahan dan akan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen untuk siasatan serta tindakan lanjut.

“Secara terperinci warganegara asing yang diperiksa melibatkan warga Bangladesh seramai 16 orang lelaki, Pakistan ada seorang lelaki, Indonesia 3 lelaki dan 29 perempuan, India 7 lelaki dan seorang perempuan, tidak bernegara seorang.

“Secara keseluruhannya melibatkan 28 orang lelaki dan 30 orang perempuan, secara keseluruhan seramai 58 orang,” katanya kepada media selepas operasi berkenaan.

Semua yang ditahan berusia 24 sehingga 60 tahun.

Antara kesalahan yang dikenalpasti pihaknya ialah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

Ketika serbuan dilakukan, pihaknya mendapati bangunan di sekitar kawasan itu telah dipecahkan kepada bilik-bilik tertentu dan disewakan mengikut kadar bulanan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha ketika ditemui media selepas menyertai serbuan hari ini.

“Mereka menyewa bilik ini mengikut kadar bulanan, tadi saya tanyakan ada yang RM500 ada yang RM600.

“Bilik-bilik inilah yang dijadikan tempat mereka untuk melakukan aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

Tambahnya, aktiviti pelacuran yang dijalankan di kawasan terbabit berharga sekitar RM50 ke RM100.

“Saya tanya kenapa harga berbeza, ia bergantung kepada demand.

“Kalau ramai (pelanggan) boleh dapat harga tinggi, tapi apabila pelanggan kurang itu yang berlaku tawar menawar,” jelas beliau kepada pihak media.

Pihaknya telah menjalankan risikan kira-kira 3 bulan sebelum melalukan operasi dan mendapati kawasan itu telah menjadi sarang pelacuran hampir 2 tahun lalu.

Tinjauan dilakukan Buletin TV3 hari ini mendapati bilik pelacuran di situ berada dalam keadaan jijik dan kotor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini