Tumpuan :
Jenayah

Samun kedai serbeneka, empat ditahan

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Polis Kedah menahan empat individu yang disyaki terlibat dalam kes samun secara berasingan dengan menyasarkan kedai serbaneka 24 jam di beberapa daerah di negeri itu.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, tiga orang suspek ditahan di Sungai Petani dalam tempoh kurang 48 jam, susulan kejadian pada 21 Oktober lepas.

“Kesemua suspek berusia lingkungan antara 30 hingga 40 tahun. Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata.”

“Satu lagi tangkapan melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun, dan dipercayai melakukan samun pada 24 Oktober dan pagi tadi,” katanya.

Kes itu katanya akan disiasat di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 kerana menggunakan senjata parang.

Menurut Fisol, modus operandi suspek adalah dengan menyasarkan untuk menyamun kedai serbaneka 24 jam pada waktu tertentu terutamanya sunyi dan gelap.

“Kebanyakan kedai serbaneka 24 jam mempunyai kamera litar tertutup cctv, namun hanya ada seorang pekerja di waktu malam dan dibimbangkan tidak ada ciri keselamatan yang baik.

“Jadi saya tengok itulah peluang yang diambil oleh pelaku-pelaku ini, yang mana jikalau kita tengok kes berlaku pun di awal pagi atau tengah malam,” katanya.

Loading...
Terkini