comscore
Tumpuan :
Jenayah

Samun hotel bersenjata parang, penganggur dicekup

Barang kes yang dirampas polis susulan penahanan seorang lelaki terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang. – FOTO: NSTP/Ihsan Polis

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dicekup polis kurang 7 jam selepas menyamun sebuah hotel dengan bersenjatakan parang.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi tadi, suspek dipercayai menyamun sebuah hotel di Kuala Terengganu dan melarikan wang tunai sebanyak RM6,600.

Suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal sebelum berjaya dicekup jam 11.00 pagi tadi di Marang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, hotel tersebut telah disamun dua kali dan dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama kira-kira sebulan yang lalu.

“Suspek akan direman esok dan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan kes samun di hotel yang sama sebelum ini,” katanya.

Dalam tangkapan itu, polis telah merampas sebuah motosikal, topi keledar dan sebilah parang serta wang tunai RM5,180.

Kes disiasat di bawah seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Sabit Kesalahan boleh dipenjara selama 14 tahun dan sebatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini