BINTULU : Misteri bau busuk membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di parit tepi jalan di kawasan Batu 7, Jalan Bintulu-Miri pada pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Penguasa Bomba 1, Christus Buson berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu diarah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 10.56 pagi.
“Sebaik tiba di sana, anggota kami mendapati terdapat mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti berada dalam parit.
“Anggota bertindak mengeluarkan mayat berkenaan dengan menggunakan alat pengusung khas” katanya
Mayat lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat dan tindakan lanjut.