comscore
Tumpuan :
Jenayah

Rogol berkumpulan, 6 remaja dari sekolah sama dengan mangsa, dicekup

Foto hiasan

BAGAN DATUK: Enam remaja lelaki bawah umur ditahan termasuk lima daripadanya masih bersekolah kerana disyaki merogol seorang pelajar pelajar perempuan berusia 14 tahun, semalam.

Ke semua suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis jam 8.30 malam, kelmarin selepas pihak sekolah memaklumkan kejadian terbabit kepada keluarga.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah sekitar Hutan Melintang, di sini, jam kira-kira 2.30 pagi pada 24 September lalu.

“Mangsa dijemput oleh seorang rakan sekolah yang dikenali dan dibawa ke sebuah rumah di Hutan Melintang, Bagan Datuk.

“Semasa tiba di tempat kejadian, terdapat beberapa orang remaja lelaki yang dikenali sedang berehat di rumah itu.

“Mangsa kemudiannya diajak melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh lima orang remaja lelaki warga tempatan berumur antara 15 hingga 17 tahun, kecuali yang membawa mangsa datang ke rumah terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis bertindak menangkap enam remaja lelaki di mana lima daripada mereka masih bersekolah di sekolah yang sama dengan mangsa dan seorang lagi lelaki berusia 17 tahun sudah berhenti sekolah.

“Ke semua suspek direman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok.

“Memandangkan mangsa masih di bawah umur, pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan.

“Siasatan ke atas kes ini dianggap selesai oleh pihak polis dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini