comscore
Tumpuan :
Jenayah

Rogol bergilir-gilir, seorang suspek sudah ditangkap dan direman

KUALA LUMPUR: Seorang daripada empat suspek kes rogol berkumpulan iaitu rakan abang ipar mangsa, ditahan polis.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan suspek ini ditahan semalam.

Manakala tiga lagi rakannya masih diburu.

“Suspek berusia 32 tahun direman bermula hari ini hingga 14 September ini bagi membantu siasatan.

“Sementara, abang iparnya sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 375B kanun sama,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan rakan lain yang masih bebas untuk merogol adik iparnya secara bergilir-gilir di sebuah rumah, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Artikel berkaitan: Bapa empat anak mengaku tidak bersalah bersubahat benarkan rakan rogol adik ipar bergilir-gilir

30 Ogos lalu, media melaporkan mangsa berusia 27 tahun itu tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek pada 3.30 pagi.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir rakan abang iparnya yang turut merakam perbuatan mereka.

Loading...
Terkini