comscore
Tumpuan :
Jenayah

Rogol bergilir-gilir: Abang ipar dicekup, 4 lagi masih diburu

PETALING JAYA: Seorang daripada lima suspek kes rogol bergilir-gilir yang diburu sejak minggu lalu berjaya diberkas polis di Wangsa Maju, pada 11.30 malam, Sabtu lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek yang juga abang ipar mangsa kini ditahan reman enam hari untuk siasatan.

“Suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

“Polis kini sedang giat mengesan empat lagi suspek yang masih bebas,” katanya menurut Sinar Harian.

Berita berkaitan: Wanita sedang tidur diperkosa 5 rakan abang ipar, rakam perbuatan

Terdahulu, dilaporkan dalam kejadian pada kira-kira 3.30 pagi, Rabu lalu, mangsa tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir lima individu, dipercayai termasuk rakan abang iparnya.

Perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek, dan selepas merogol mangsa, semua suspek melarikan diri.

Berita berkaitan: Rogol bergilir-gilir, polis cari Muhammad Nuraffiq 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid sebelum ini berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

Loading...
Terkini