comscore
Tumpuan :
Jenayah

Remaja yang dipukul bapa mabuk, dipercayai pernah dirogol suspek 

REMBAU: Remaja perempuan yang menerima 12 jahitan selepas dibelasah bapanya yang mabuk, tengah malam kelmarin, dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa membongkar kejadian dirogol suspek.

Suspek berusia 47 tahun dikatakan berang selepas mangsa yang berusia 17 tahun menceritakan kejadian itu kepada teman wanitanya yang tinggal serumah dengan mereka.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad mengesahkan perkara itu dengan hasil temubual dan pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa pernah dirogol.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan hasil temubual dengan doktor yang merawatnya, mangsa memberitahu pernah dirogol bapanya.

“Pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan Bahagian Obstetrik dan Ginekologi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan kemudian menemukan kesan koyakan lama pada bahagian hymen pesakit,” katanya.

Mengulas kejadian November lalu, katanya, ia berlaku ketika hanya mangsa dan suspek berada di rumah di Kampung Kendong Baru, Kota, di sini, kira-kira jam 2 petang.

“Suspek masuk ke bilik mangsa dan merogolnya, malah mengugutnya supaya tidak memaklumkan kepada sesiapa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.

Semalam media melaporkan remaja terbabit dimasukkan ke hospital selepas ditendang dan dipukul dengan pelbagai objek oleh bapanya sehingga menerima 12 jahitan pada kepala, tengah malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam itu dipercayai berlaku ketika suspek, 47, dalam keadaan mabuk.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini