Tumpuan :
Jenayah

Remaja tingkatan tiga hamil dirogol kenalan lelaki

SUBANG JAYA: Seorang remaja perempuan hamil 10 minggu selepas disyaki dirogol kenalan lelaki di kediaman suspek, hujung tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima laporan polis dibuat doktor yang merawat mangsa berusia 15 tahun itu pada jam 12.12 tengah malam tadi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berkenalan dengan suspek berusia 20-an sejak November tahun lalu.

“Bermula daripada perkenalan itu, mereka melakukan hubungan seks di rumah suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek sedang dikesan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk membantu siasatan.

“Jika terdapat sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan Inspektor Vanitha T Balakrishnan di talian 017-2229832 atau 03-7862 7222,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini