comscore
Tumpuan :
Jenayah

Remaja menyamar doktor pernah jalani rawatan psikiatri

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

SEPANG: Polis mengesahkan remaja yang menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Serdang pernah menjalani rawatan psikiatri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, remaja itu menerima rawatan pada Mac lalu, namun tidak meneruskan rawatan susulan yang dijadualkan.

“Remaja yang berumur 14 tahun itu mempunyai sejarah mendapat rawatan psikiatri di hospital pada awal tahun pada bulan Mac malangnya dia tidak menyusuli rawatan seterusnya.

“Dia juga telah meninggalkan persekolahan dia, dan pada masa sekarang ni kita rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.

Jelasnya, remaja itu diserahkan kepada JKM untuk pemantauan dan sesi kaunseling sebelum laporan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Menurutnya, remaja itu menggunakan kad pengenalan ibunya untuk memasuki hospital berkenaan sebelum mendakwa pas kerjanya kononnya telah hilang.

Katanya remaja itu berada dalam keadaan tertekan selain emosi yang tidak stabil, menjurus dia bertindak sedemikian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini