comscore
Tumpuan :
Jenayah

Remaja 14 tahun menyamar pegawai perubatan, masuk dewan bedah ditahan polis

Foto hiasan

Oleh: Fareez Azman

SERDANG: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan selepas menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof, remaja berkenaan ditahan kira-kira jam 9 pagi di lobi hospital terbabit.

“IPD Sepang mengesahkan pada 7 Ogos 2024, jam 1 tengah hari ada menerima satu laporan polis daripada kakitangan Hospital Sultan Idris Shah berkaitan seorang perempuan yang tidak dikenali berada di dewan bedah mengaku sebagai Pegawai Perubatan dan mahu membantu menjalankan pembedahan.

“Pada 8 Ogos 2024 jam lebih kurang 8.30 pagi, pihak hospital telah mengenal pasti kehadiran remaja berkenaan iaitu individu yang sama cuba mendaftarkan diri di kaunter dengan menggunakan identiti palsu,” jelasnya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Bertindak atas maklumat, suspek kemudian ditahan setengah jam kemudian di lobi hospital berkenaan.

“Turut dirampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital berkenaan,” jelasnya lagi.

Kes disiasat dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan meyamar sebagai penjawat awam.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menceroboh,

Manakala hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menyamar sebagai penjawat awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini