comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Rakam dan jual klip video seks: Tempoh reman ‘Gigolo’ disambung hingga esok

 

KUALA LUMPUR: Tempoh reman lelaki yang ditahan kerana menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita menerusi media sosial pada 18 Januari lalu, dilanjutkan empat hari sehingga esok.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu kenyataan, hari ini berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek yang juga warga tempatan berusia 31 tahun itu.

Katanya, tempoh reman terhadap dua wanita yang ditahan bersama suspek utama turut dilanjutkan empat hari sehingga esok.

“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat setelah siasatan dilengkapkan,” katanya.

Terdahulu lelaki yang dikesan menjalankan aktiviti menjual video melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang.

Suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada jam 2.30 petang, 17 Januari lalu.

Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah yang turut didiami oleh bapa lelaki terbabit.

Ketiga-tiga suspek kemudian direman lima hari bermula 18 Januari lalu sehingga Isnin lalu untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan berkata penahanan suspek hasil maklumat dan risikan JSJ Bukit Aman mengenai kegiatan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini