Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Pura-pura ingin beli telefon bimbit sebelum mencuri

Foto tular

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Pemilik kedai telefon bimbit rugi hampir RM600 selepas didatangi seorang lelaki yang berpura-pura ingin membeli telefon bimbit sebelum bertindak mencurinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tular itu berlaku di Taman Sri Muda, Seksyen 25 sekitar jam 10.56, 4 Disember lalu.

“Suspek merupakan seorang lelaki bangsa tidak pasti, telah datang ke kedai tersebut berpura-pura untuk membeli telefon bimbit dengan bertanyakan harga dan menyatakan hasrat untuk melihat telefon bimbit.

“Pekerja kedai tersebut telah mengeluarkan satu kotak mengandungi sebuah telefon bimbit.

“Ketika ingin mengambil pisau untuk membuka kotak itu, secara tiba-tiba saspek telah membawa lari kotak telefon bimbit tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil siasatan, suspek dikatakan telah melarikan diri menggunakan sebuah motosikal bersama seorang lagi suspek lelaki yang menunggu di luar kedai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda jik asabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Insiden tular menerusi video berdurasi 18 saat itu memaparkan tindakan pantas lelaki berkenaan merampas telefon bimbit itu, sebaik sahaja ia dikeluarkan daripada kotak telefon bimbit berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini