KUALA LUMPUR: Punca kematian suami isteri warga emas yang disyaki dibunuh anak kandung mereka di Kampung Sungai Penchala dekat sini, kelmarin, disahkan akibat ditikam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, ia berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.
“Terdapat tiga kesan tikaman di kepala, leher dan muka.
“Kesan tikaman itu sama pada kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 7.43 malam Sabtu berhubung pergaduhan keluarga membabitkan suspek dengan ibu bapanya berusia 72 hingga 82 tahun.
Allaudeen dilaporkan berkata, mayat kedua mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah dipercayai dibunuh akibat ditikam.
Beliau dipetik berkata, pada 7.50 malam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan IPD Brickfields melakukan gerakan mengesan dan suspek berjaya ditangkap 10.30 malam hari sama.
Katanya, suspek baru dibebaskan dengan jaminan selepas dituduh di mahkamah baru-baru ini berkaitan kes dadah.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Jenazah suami isteri dibunuh anak selamat dikebumi satu liang lahad
- Suspek bunuh ibu bapa positif 3 jenis dadah – Polis
- [VIDEO] Pasangan warga emas maut ditikam anak kandung
- Bunuh warga emas: “Suspek sering keluar-masuk pusat pemulihan”- Saksi
- Suspek bunuh ibu bapa diberkas ketika bersembunyi di terowong Penchala
- ‘Pertengkaran kali ini luar biasa’ – Jiran suami isteri dibunuh anak kandung
- Suspek disyaki bunuh ibu bapa ada 9 rekod jenayah dadah – Polis
- Keluarga tuntut jenazah pasangan warga emas maut dibunuh