Tumpuan :
Jenayah

Polis tunggu keputusan DNA kepala, tulang jari sebelum mayat Istiqomah dituntut waris

PETALING JAYA: Polis menunggu hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bahagian kepala dan tulang jari yang dipercayai milik Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, sebelum jenazah dapat dituntut oleh waris keluarganya.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, pihaknya menjangkakan proses itu selesai selewat-lewatnya minggu depan.

“Sebab ada proses yang belum selesai, jadi kita tunggu daripada pihak hospital dan juga Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), maknanya apabila selesai, kita tunggu arahan PPN untuk serahkan baru kita buat.

“Bila kita jumpa kepala, kita akan ambil sampel DNA, kita akan tunggu keputusan, bila dah dapat keputusan kita akan tunggu arahan PPN untuk kita lepaskan jenazah,” jelasnya ketika dihubungi Buletin TV3.

“Seawalnya minggu depan, tapi saya dah minta Jabatan Kimia percepatkan keputusan itu, kalau dapat cepat okay lah.

“Saya dah bagi tahu pegawai penyiasat dan berhubung dengan Jabatan Kimia pasal kita punya reman suspek sampai 19 Ogos sahaja,” katanya lagi.

Mengulas lanjut ujarnya, pihaknya masih berusaha mengesan beberapa bahagian badan mangsa yang hilang ketika ini.

“Ada lagi, setakat ini kita jumpa tulang jari dan kepala. Kita masih cuba mengesan bahagian lain, sebab kejadian lama kan jadi kita kena usaha sikit,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini