Tumpuan :
Jenayah

Polis tinjau lokasi anak bunuh, ‘simpan’ mayat ibu dalam peti ais

KUALA LUMPUR: Pihak polis dilihat hadir ke lokasi kejadian di mana seorang lelaki disyaki membunuh ibunya berusia 80 tahun lalu menyembunyikan jasad wanita itu di dalam peti ais sejak tiga tahun lalu.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dilihat memasuki kediaman dua tingkat yang terletak di Taman OUG, di sini dipercayai untuk membuat tinjauan sekitar lokasi kejadian kira-kira 4 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, tinjauan itu merupakan prosedur biasa dalam siasatan kes bunuh berkenaan.

Menurutnya, mayat warga emas itu kini masih berada di hospital bagi dan proses bedah siasat masih berlangsung.

“Bedah siasat mengambil masa dan belum selesai setakat ini, suspek pula masih dalam rawatan dan pemerhatian doktor,” katanya ringkas, dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu seorang lelaki tergamak membunuh ibu dan menyimpan mayat wanita itu di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu.

Perbuatan lelaki berusia 50-an terbabit bagaimanapun terbongkar selepas kediamannya di Jalan Hujan Abu 6, Taman OUG di sini, diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada suspek sendiri kira-kira 9 pagi pada Sabtu.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan kerana tidak sihat dan pasukan yang tiba dimaklumkan mengenai mayat ibunya yang disimpan dalam peti sejuk beku.

Menurut sumber, suspek mendakwa membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada Mac 2021.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini