comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Terengganu lupus dadah bernilai RM2.3 juta

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Polis Kontinjen Terengganu melupuskan dadah bernilai RM2.3 juta dengan berat keseluruhan 24,307 kilogram.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, dadah yang dilupuskan itu adalah hasil rampasan yang dibuat sejak tahun 1991 sehingga tahun ini merupakan dadah yang dirampas melibatkan 7 daerah di negeri Terengganu.

“Dadah yang dilupuskan itu juga melibatkan kes-kes yang telah selesai perbicaraan dan suspek telah dijatuhkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun 1952”, katanya.

Antara dadah yang dilupuskan termasuk pil kuda, heroin, syabu, ubat batuk, daun dan air ketum.

Jelas Mohd Khairi, kes membabitkan dadah di negeri Terengganu tidak membimbangkan dan masih terkawal.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyerahan Barang Kes Narkotik Kontinjen Terengganu di Perkarangan IPK Terengganu, pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini