Tumpuan :
Jenayah

Polis tembak mati 3 penjenayah di Beverly Hill

Lokasi kejadian tiga penjenayah bersenjata api yang mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembakan dengan polis di Beverly Hill. -FOTO: NSTP

PENAMPANG: Tiga penjenayah bersenjata api mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.13 malam itu, ketiga-tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit dalam beberapa aktiviti jenayah, termasuk kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Azmi Abdul Rahim berkata, bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah rumah di sebuah apartment di tingkat satu.

“Ketika serbuan dibuat, berlaku tembak menembak antara ketiga-tiga suspek dengan pasukan serbuan.

“Bagaimanapun pasukan serbuan berjaya menembak mati ketiga-tiga penjenayah terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga penjenayah ini dipercayai terbabit beberapa kes jenayah termasuk kes bunuh di Sarawak,” katanya.

Sepasukan Unit Forensik IPK Sabah turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini