PETALING JAYA : Polis Hulu Selangor menahan dua lelaki Melayu selepas dipercayai menunjukkan kemaluan mereka kepada seorang kanak-kanak perempuan di tandas sebuah surau dan sebuah rumah suspek di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DCP Mohd Asri Mohd Yunus satu laporan telah dibuat pada 3 Mac lalu.
”Polis telah melakukan tangkapan di dua lokasi berasingan dan semakan mendapati kedua-dua suspek tiada rekod lampau dan ujian air kencing adalah negatif.”
”Suspek akan ditahan direman selama 7 hari bermula dari semalam hingga 10 Mac ini untuk tujuan siasatan dibawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan 15 (a) (i) dibawah akta sama, ” katanya