comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis siasat wanita ugut, serang dengan buluh

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.-Foto: NSTP

SUNGAI BULOH: Polis sedang menyiasat insiden wanita yang melakukan ugutan jenayah dan menyerang seorang lelaki dengan sebatang buluh dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, Balai Polis Saujana Utama menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 24 tahun sebagai penyelia stesen minyak itu pada jam 10.36 malam tadi.

Menurutnya, dalam laporan itu, pengadu menyatakan jam 7.50 malam tadi, sebuah kereta dipandu wanita terbabit meletakkan kenderaannya di belakang kenderan yang lain hingga menyebabkan pemilik kenderaan terbabit tidak boleh keluar.

“Pada masa yang sama terdapat pelanggan lain yang berada di tempat itu meminta wanita terbabit mengalihkan kenderaannya tetapi telah dimarahi.

“Akibat daripada kejadian itu berlaku kekecohan di stesen minyak terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata, wanita terbabit cuba menyerang pelanggan dengan menggunakan sebatang buluh tetapi berjaya dihalang oleh orang awam yang berada di situ.

“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaandan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh hadir ke mana-mana balai polis yang berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Aruneswaari Arumugam di talian 012-6972996,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini