comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis siasat pemandu tular langgar penunggang motosikal hingga parah

Tangkap layar daripada video dashcam yang tular di media sosial.

KAJANG: Penunggang motosikal parah di kepala selepas dihimpit dan dilanggar kereta di Kilometer 3 Lebuhraya Kajang SILK, di sini semalam.

Kejadian itu turut tular selepas rakaman video kamera papan pemuka dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian difahamkan berlaku pada 4 petang ketika mangsa berusia 45 tahun berada di lorong paling kanan.

“Kereta berkenaan dipandu laju, memotong, menghimpit dan melanggar mangsa sebelum dia terjatuh di atas jalan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan dan kes disiasat Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ammar Mohd Tahir di talian 018-2586153 untuk membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini