comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis siasat organisasi eksploitasi kanak-kanak

Foto: NSTP

Oleh: Shuhadah Marzuki

BANGI: Polis Diraja Malaysia, (PDRM) sedang memantau sebuah organisasi dipercayai melakukan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia susulan empat laporan polis yang diterima di Selangor baru-baru ini.

“Di Selangor, kes ini di bawah Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip dana, derma dan sebagainya.

“Ini adalah laporan yang terbaharu. Mungkin ada lagi di negeri lain yang kita sedang kumpulkan dan kita akan maklumkan kemudian.”

Datuk Seri Ayob berkata demikian dalan sidang media Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Universiti Awam ke-20 2024 di Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM).

Jelas beliau lagi, ketika ini, modus operandi organisasi terbabit dikesan mengeksploitasi kanak-kanak dan ahli melalui pertubuhan rumah alam dan kebajikan.

Melalui siasatan PDRM juga, ahli organisasi itu juga dipercayai dicarum melalui Kumpulan Simpanan Wang Pekerja, (KWSP) serta dikenakan tindakan kuarantin jika melalukan kesalahan.

Organisasi itu turut berada dalam senarai pemantauan Cawangan Khas, PDRM.

“Berdasarkan statistik Jabatan Agama Islam Malaysia, (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri, (JAIN) sebanyak 154 ajaran sesat dipantau.”

“Di pihak PDRM pula kita ada 114 dan daripada jumlah itu 14 kumpulan aktif dan 8 dalam pemantauan termasuk organisasi terbabit”

Sehingga kini PDRM menerima 80 laporan berhubung aktiviti ajaran sesat dengan 122 tangkapan dibuat bagi tempoh 2022 hingga Ogos 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini