comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Polis siasat akaun telegram tular, sebar dokumen siasatan

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat sebuah akaun telegram yang didakwa telah menyebarkan dokumen penyiasatan bagi kegunaan di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan daripada seorang pegawai kanan polis.

“Polis Petaling Jaya telah terima satu laporan polis daripada pegawai kanan polis bersabit penyebaran dokumen siasatan di aplikasi media sosial telegram yang akan digunakan dalam perbicaraan di mahkamah.

“Siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang bahan bukti sehingga menimbulkan spekulasi.

Tegas Sharulnizam, perkara itu juga dikhuatiri akan menjejaskan siasatan pihak polis dan tidak akan berkompromi untuk mengenakan tindakan undang-undang.

Sebelum ini, beberapa dokumen siasatan pihak polis tular di media sosial yang didakwa telah disebarkan secara meluas menerusi akaun telegram berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini