Tumpuan :
Jenayah

Polis sahkan warga Malaysia ditahan disyaki edar syabu bernilai RM116 juta di Hong Kong

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: PDRM mengesahkan penahanan seorang lelaki warganegara Malaysia yang didakwa terlibat dengan kes pengedaran dadah jenis syabu bernilai RM116 juta di Hong Kong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau melibatkan dadah.

“Ada tangkapan lelaki (berbangsa) Cina, warga Malaysia berumur 26 tahun dan beralamat di Sungai Besi.

“(Suspek) mempunyai satu rekod lampau memiliki dadah dan satu lagi memasukkan dadah ke dalam badan yang disiasat di bawah Seksyen 12 (2) dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Sementara itu, Razarudin memaklumkan beliau sudah meminta Pengarah Narkotik PDRM untuk mendapatkan risikan penglibatan rakan-rakan suspek dalam sindiket itu di Malaysia.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan seorang lelaki warganegara Malaysia ditahan polis Hong Kong dalam satu serbuan di sebuah gudang.

Hasil serbuan menemui suspek sedang membuka barangan, bersama-sama dengan sarung tangan dan timbangan elektronik di tempat kejadian.

Sejumlah 335 kg syabu pepejal dan 55 kg kokain dalam 25 daripada 245 kotak yang disorok dalam perabot.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini