JOHOR BAHRU: Polis perlukan lebih masa bagi menyiasat punca sebenar serangan Balai Polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu bagi menjamin ia tidak berulang dan mengancam keselamatan orang ramai.
Justeru menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, keputusan menahan 5 ahli keluarga suspek serangan yang mati ditembak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA) adalah wajar.
“Polis memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menyempurnakan siasatan supaya keselamatan rakyat tidak terjejas” katanya mengulas keputusan polis menahan 5 ahli keluarga suspek kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di bawah Akta SOSMA.
Ujarnya, di bawah Akta SOSMA, Cawangan Khas Bukit Aman akan menjalankan siasatan manakala Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor meneruskan siasatan berkait Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain Jumaat lalu memaklumkan, 5 ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditahan di bawah SOSMA selepas tempoh reman mereka tamat pada 24 Mei lalu.
Semua individu terbabit berumur 19 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam serangan jam 2.30 pagi pada 17 Mei lalu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar tahun dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said terkorban manakala suspek berusia 21 tahun mati ditembak.
Turut cedera Koperal Mohd Hasif Roslan yang terkena tembakan pada bahu dan pinggul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- 5 anggota keluarga suspek serangan di Balai Polis Ulu Tiram ditahan mengikut SOSMA
- Pengasas bersama JI nafi terbabit serangan Balai Polis Ulu Tiram
- Serangan di Balai Polis Ulu Tiram: 2 pelajar IPT dibebaskan tanpa syarat
- Hanya 7 individu kekal disiasat berhubung insiden serangan balai polis
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini….”
- ‘Saya reda dengan ketentuan’ – Bapa Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq
- 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram