Tumpuan :
Jenayah

Polis percaya suspek kes tembak di pusat beli-belah masih di Selangor

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. – Foto fail NSTP

SHAH ALAM: Polis percaya suspek yang melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, di sini masih berada di sekitar Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya sedang giat memburu suspek.

“Sekiranya ada keperluan, fotofit suspek akan diedarkan ke kontinjen lain bagi menjejakinya.

“Bagaimanapun, Kontinjen Selangor kini sedang memburu suspek dipercayai masih berada dalam negeri ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan menghantar peluru ke Jabatan Kimia untuk ujian balistik.

Terdahulu media, melaporkan polis mengenal pasti suspek kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, sebagai lelaki tempatan yang mempunyai 11 rekod kesalahan lampau berkait jenayah dan dadah.

Suspek juga berkulit cerah dan berusia lingkungan 30-an.

Dia dikenal pasti hasil risikan polis dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini