comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Marin rampas arak tidak bercukai lebih RM100,000

KOTA KINABALU: Polis Marin merampas minuman keras tidak bercukai bernilai lebih RM100,000 dalam dua serbuan berasingan di Kudat dan Sandakan.

Serbuan di Sandakan pada 26 Mei itu membabitkan rampasan  485 kotak minuman keras pelbagai jenama.

Menurut sumber, semua minuman keras itu berada di dalam lori dan siasatan mendapati tiada sesiapa berada di tempat kejadian.

“Seterusnya rampasan di Kudat pada 25 Mei lalu dan merampas sebanyak 48 kotak minuman keras bernilai RM7,921.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga, tiada tangkapan dilakukan ke atas rampasan berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan yang kesemuanya bernilai RM108,344.42.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya.

Ahmad menggesa masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras sebarang bentuk jenayah terutama membabitkan keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah.

Loading...
Terkini