Tumpuan :
Jenayah

Polis kesan suspek kes pukul, ragut di Simpang Pulai

Tangkap layar dari video tular.

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Polis Perak sedang giat mengesan seorang suspek lelaki yang terlibat dalam kejadian rompakan di kawasan Simpang Pulai, di sini.

Pemangku Ketua Polis Ipoh, Supritendan Mohamad Sajidan Abdul Sukor, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan satu video tular yang dimuat naik ke laman media sosial Facebook hari ini.

Video tersebut memaparkan seorang individu sedang melakukan rompakan.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati pengadu, seorang wanita berusia 62 tahun, dipukul dan diragut rantai tangannya oleh lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha EZ115,”

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta tampil memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Nazihah, di talian 019-6363536 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini