comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis kesan kumpulan warga asing samun bersenjata di Bandar Baru Salak Tinggi

Foto hiasan

SEPANG: Polis sedang mengesan sekumpulan warga asing dipercayai melakukan samun bersenjata di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi pada 6 dan 20 Oktober lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Shan Gopal Krishnan berkata, dalam kejadian berasingan itu, mangsa serta ahli keluarga telah diikat selepas rumah mereka dipecah masuk masing-masing pada 6 Oktober jam 3.30 pagi dan jam 1.30 pagi 20 Oktober, sebelum barangan peribadi dilarikan termasuk wang tunai, barang kemas dan jam tangan.

“Suspek dipercayai warganegara asing yang bergerak secara kumpulan tiga hingga empat orang melakukan samun menggunakan senjata parang, mengenakan baju berwarna gelap dan bertopeng.

“Suspek juga menyasarkan rumah yang berhampiran dengan kawasan hutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shan Gopal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat iaitu Insp Thaqib Zulkafli di talian 013-2185758 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini