comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis kenal pasti seorang lagi suspek kes bunuh akauntan

Lokasi mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan kawasan perindustrian Kampung Cheras Baru. – FOTO: Ihsan Pembaca

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti seorang lagi suspek kes penemuan mayat akauntan di kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru, di sini, pada 11 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

“Kita sedang memburu suspek berkenaan, manakala dua lagi suspek akan tamat tempoh reman hari ini dan kami akan merujuk kepada timbalan pendakwa raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya (sambung reman atau tidak).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, memeriksa perbarisan pada perhimpunan bulanan IPK Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

“Kita akan lihat apa keputusannya dan akan rujuk TPR dan minta pandangan beliau,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati, disyaki dibunuh, di tepi jalan di kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru di sini.

Mayat lelaki tempatan berusia 28 tahun itu ditemukan kira-kira jam 6 pagi dalam keadaan bogel dan terdapat beberapa kesan kecederaan serta lebam di bahagian badannya.

Mangsa bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini