comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Polis ke lokasi Zayn Rayyan ditemui mati cari bahan bukti baharu

PETALING JAYA: Polis memulakan proses pencarian bahan bukti baharu bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zyan Rayyan Abdul Matiin, 6.

Difahamkan, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Bukit Aman tiba jam 9.30 pagi tadi, turun semula ke lokasi Zayn Rayyan ditemukan mati di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

 

Proses pencarian turut diperluaskan bukan sekadar di lokasi penemuan mangsa, malah turut melalui saliran air kira-kira 600 meter berhampiran apartment terbabit.

Pengamal media berkumpul di lokasi penemuan mayat bagi membuat laporan terkini perkembangan siasatan.

Anggota polis mencari bahan bukti baru di lokasi kejadian. – Foto: NSTP

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan, kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

@buletintv3 Pemergian Zayn Rayyan diratapi rakyat Malaysia hari ini. Hasil bedah siasat mengklasifikasikan kematian kanak-kanak itu sebagai kes bunuh. #beritaditiktok #buletintv3 #zaynrayyan #kematianzaynrayyan #kesbunuh #damansara #selangor ♬ Very Sad – Enchan

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini