Tumpuan :
Jenayah

Polis buru suspek samun pelanggan keluar wang dari mesin ATM

Tangkap layar video tular

IPOH: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menyamun pelanggan ketika mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik, (ATM) sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata suspek bersenjatakan pisau ketika melakukan jenayah berkenaan.

Rakaman kejadian samun berkenaan tular di media sosial.

Tambah ACP Yahaya, pihak polis mengesan video berkenaan yang berdurasi satu minit 3 saat yang tular di media sosial.

Mangsa, seorang wanita lingkungan 50-an rugi 300 ringgit akibat disamun suspek.

Kes disiasat mengikut seksyen 392 palang 397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Ipoh.

Loading...
Terkini