comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Polis buru suspek larikan 2 kanak-kanak


Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam cubaan melarikan dua kanak-kanak di Taman Ikan Emas, Jeram, Selangor semalam.

Pemangku Polis Daerah Kuala Selangor, DSP Mohd Ambia Nordin berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 369 Kanun Keseksaan dan 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menerusi satu kenyataan beliau berkata, pihaknya telah terkesan dengan posting tular di media sosial berkenaan dua kanak-kanak perempuan berusia 8 dan 6 tahun yamg telah dilarikan oleh seorang lelaki yang menaiki Perodua Bezza hitam.

“Kejadian berlaku ketika dua beradik itu sedang bermain di Jalan Ikan Emas 2, Taman Ikan Emas, Jeram.Laporan polis kemudian dibuat pada jam 6.30 petang semalam oleh ibu mangsa di Balai Polis Jeram”, katanya.

Tindakan pantas polis kemudian berjaya menemui kanak-kanak berkenaan sekitar jam 7.45 malam berhampiran kawasan kediaman mereka di Taman Kelisa.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan kanak-kanak terbabit serta penjaga mereka.

Orang ramai diingatkan sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini