KUCHING: Polis sedang memburu suspek lain disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki berusia 22 tahun di Jalan Sungai Tapang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, siasatan ketika ini tertumpu kepada motif pembunuhan dan usaha mengesan semua yang terlibat susulan penahanan tiga suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 pagi semalam, sekumpulan lelaki didapati menceroboh ke dalam apartmen mangsa dengan bersenjatakan benda tajam.
Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) apartmen berkenaan juga tular di media sosial.
Polis sedang memburu suspek lain disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki berusia 22 tahun di Jalan Sungai Tapang di Kuching, semalam. pic.twitter.com/LCB7CfvhkL
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 2, 2024
Lelaki berusia 22 tahun itu ditemui mati dengan kesan kecederaan akibat tetakan dipercayai dibunuh dengan senjata tajam.
Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 302, kanun keseksaan kerana membunuh.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.