Oleh: Ain Shafiqah Zaki
PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian curi kereta dalam kawasan pagar rumah dalam kejadian di Jelapang, Ipoh, Perak yang tular di media sosial.
Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian curi kereta dalam kawasan pagar rumah dalam kejadian di Jelapang, Ipoh, Perak yang tular di media sosial.
Sumber: TikTok @farrahouz1 pic.twitter.com/2Hx88Ks1NI
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 30, 2024
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan jam 4:19 pagi semalam berhubung kejadian berkenaan.
Setakat ini, suspek masih belum dikenal pasti.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kenderaan motor.
Insiden kecurian kenderaan pelbagai guna (MPV) ini dipercayai dirakam oleh mangsa yang mendakwa suspek menggunakan alat kawalan jauh untuk membuka pagar rumahnya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa