comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis buru pemandu pegang objek serupa pistol

KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan pemandu lelaki yang memegang objek menyerupai pistol di Jalan Sultan Mahmud di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Setakat ini, kita menerima dua laporan mengenai kejadian membabitkan suspek yang memandu kereta berwarna putih.

“Kita sedang mengesan suspek dan ini bukan kes penculikan seperti yang ditularkan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 38 saat menunjukkan seorang lelaki yang memegang objek menyerupai pistol.

Selain video itu, turut tular beberapa mesej suara yang mengaitkan kejadian dengan kes penculikan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini