Tumpuan :
Jenayah

Polis berkas seorang lelaki dipercayai seludup 63 karton rokok dan 4 karton minuman keras

Lelaki yang ditahan bersama barang yang diseludup

Oleh : Zahir Senapiah.

JOHOR BAHRU : Polis Daerah Seri Alam menahan seorang lelaki dan merampas 63 karton rokok dan 4 karton minuman keras pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai di Plentong, Masai dianggarkan lebih RM25,700.

Lelaki berumur 43 tahun ditahan jam 5.30 petang dua hari lalu dan direman 10 hari di bawah Seksyen 116C, Akta Kastam 1967 bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Seri Alam, Superitanden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta kastam 1957.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksima 20 kali ganda nilai suapan atau RM500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara maksima 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Mohd Sohaimi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu penyeludupan rokok dan minuman keras membuat laporan segera di balai polis berhampiran bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman negara terjamin.

Loading...
Terkini