Tumpuan :
Jenayah

Polis berkas seorang lelaki bantu siasatan kes ceroboh kawasan perumahan Sabana Cove

PENGERANG: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes menceroboh kawasan perumahan Sabana Cove dekat sini, petang semalam.

Lelaki yang berumur 30an itu ditahan di jalan Pularek, Sungai Rengit, kira-kira jam 6 petang.

 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitanden Husin Zamora dalam satu kenyataan berkata, tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang dibuat berhubung kes menceroboh kawasan perumahan terbabit.

“Anggota polis dari balai Pengerang telah menahan suspek yang menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Suspek enggan mematuhi arahan berhenti untuk pemeriksaan, sebaliknya memecut motosikal yang dinaiki dan akhirnya suspek berjaya diberkas selepas bergelut dengan anggota polis” jelasnya.

Kes disiasat dibawah seksyen 186 kanun kesiksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 2 tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Loading...
Terkini