comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Perarakan HIMPIT 2023 disiasat polis

 

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kesalahan dilakukan penganjur pada perarakan himpunan HIMPIT 2023, Jumaat lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi MD Isa, berkata pihaknya mengetahui mengenai program itu, tetapi tidak dimaklumkan mengenai perarakan membawa replika senjata.

Katanya, daripada lapan pasukan yang bertanding, hanya satu pasukan yang didapati mengenakan pakaian atau replika senjata.

“Perarakan terutama membabitkan membawa replika senjata pada himpunan HIMPIT 2023 itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Siasatan awal dilakukan mendapati perarakan sempena himpunan HIMPIT diadakan di kawasan resort di daerah Setiu pada Jumaat lalu,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Rohaimi berkata, perarakan itu adalah satu daripada acara yang dipertandingkan iaitu rekacipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini