comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penyeludupan: Lebih 700 individu ditahan dalam tempoh sembilan bulan di Kelantan

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid. – FOTO: NSTP

TUMPAT: Seramai 718 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyeludupan di Kelantan dalam tempoh Jan hingga Sept lepas, kata kata Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga pelbagai barangan seludup bernilai RM61.4 juta dirampas pihak berkuasa.

“..faktor ekonomi dan kesempitan hidup menyebabkan ada individu tetap melakukan kegiatan penyeludupan walaupun sudah beberapa kali ditahan. Ada individu sama pernah ditahan empat kali dalam tempoh setahun.

“Kita percaya ada keluarga tertentu yang menjalankan kegiatan bersama walaupun tahu ia menyalahi undang-undang,” katanya kepada pemberita di Kawasan Tanggung Jawab Op Taring Wawasan Kelantan di Kompeni D, Batalion 8 Pengkalan Kubor di sini hari ini. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini