comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penyamun lapar

Rakaman CCTV mendapati tiga lelaki bertopeng memecah masuk sebuah rumah di Jalan Stampin Tengah, Kuching untuk mencuri makanan. FOTO: Ihsan PDRM Sabah

KUCHING: Sekumpulan tiga penyamun memecah masuk sebuah rumah di Jalan Stampin Tengah di sini Sabtu lalu hanya untuk mencuri makanan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner ACP Ahsmon Bajah berkata, hasil rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di rumah berkenaan mendapati tiga suspek bertopeng menceroboh bahagian dapur rumah itu pada kira-kira jam 6 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit mencuri pelbagai jenis makanan dari rumah berkenaan.

Hasil maklumat risikan, kira-kira jam 5.20 pagi semalam (Ahad) pasukan Task Force Counter AggresiveTeam (CAT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menahan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kes itu.

Suspek turut didapati mempunyai empat rekod berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

ACP Ahsmon berkata saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurutnya, polis turut menemui sembilan peralatan memecah rumah antaranya tukul, pemotong besi, playar, pemutar skru, pengumpil, gunting dan parang daripada suspek.

Polis sedang giat mengesan dua lagi suspek yang masih bebas.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, denda serta sebat.

Loading...
Terkini