comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu disyaki mabuk 

FOTO: NSTP

HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera selepas dirempuh pemandu kereta dipercayai mabuk di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Batang Kali, 6.58 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 54 tahun yang memandu Perodua Bezza dari Rawang ke Ulu Yam Bharu cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Bagaimanapun, pemandu melanggar dua motosikal dari arah bertentangan.

“Kemalangan mengakibatkan penunggang Yamaha Lagenda 115Z berusia 57 tahun maut di lokasi, manakala penunggang Honda RS berusia 53 dibawa ke Zon Merah Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, lelaki itu mengaku meminum sebotol bir, namun polis masih menunggu laporan toksikologi bagi mengesahkan tahap alkohol dalam darah suspek.

Katanya, suspek direman selama tiga hari sehingga 3 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini