comscore
Tumpuan :
Jenayah

Penjawat awam wanita rugi RM64,100, terpedaya ‘phone scam’

KANGAR: Tiga wanita termasuk dua penjawat awam terpedaya dengan sindiket penipuan ‘phone scam’ sehingga membabitkan kerugian keseluruhan RM64,100.

Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa wakil institusi perbankan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang memaklumkan akaun bank masing-masing terbabit kes judi dalam talian serta penggubahan wang haram.

Berdasarkan modus operandi, panggilan kemudian disambungkan kepada satu lagi pihak yang mendakwa daripada ibu pejabat polis yang mana bagi membantu siasatan, mangsa dikehendaki membuat pindahan wang ke dalam akaun diberikan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan perkara itu dengan laporan polis turut dibuat mangsa yang berusia antara lingkungan 20 hingga 40 tahun Selasa lalu.

Beliau berkata, mangsa diyakinkan sindiket bahawa wang mereka akan dikembalikan selepas selesai siasatan, namun selepas pemindahan wang selesai pihak berkenaan gagal dihubungi dan wang mangsa juga tidak dikembalikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini