Tumpuan :
Jenayah

Pengawal Keselamatan Cabul Pelajar Lelaki

Foto: Gambar Hiasan

TANAH MERAH: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan ditahan bagi siasatan kes cabul seorang murid ketika program qiamullail di surau sekolah terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai melakukan kejadian terbabit ketika mangsa sedang tidur.

Suspek ditahan susulan satu laporan polis dibuat bapa mangsa selepas mangsa yang berusia 12 tahun menceritakan kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata kejadian berlaku ketika mangsa terbabit dengan program qiamullail dan sedang tidur bersama rakan sekolah dalam surau.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan.

“Suspek dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah reman bagi siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017”, katanya.

Loading...
Terkini