comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemborong disyaki seleweng diesel untuk kenderaan asing diserbu 

Diesel yang dipercayai dipindahkan ke sebuah lori treler yang bernombor pendaftaran asing di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam yang dipercayai diseleweng. – FOTO: KPDN

BUKIT KAYU HITAM: Sebuah premis pemborong berlesen petrol dan diesel di kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam diserbu pihak berkuasa, Rabu lalu kerana dipercayai menyeleweng minyak diesel kepada kenderaan asing.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, berkata ketika serbuan jam 5 petang, didapati seorang pekerja di premis terbabit sedang mengisi diesel ke tangki sebuah lori treler bernombor pendaftaran Thailand.

“Pemeriksaan awal mendapati, bahan api disyaki diesel 1,663 liter sedang diisi ke tangki asal lori treler terbabit.

“Barang kawalan (minyak diesel) yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM5,571.05 dan nilai lori treler itu dianggarkan RM120,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini juga boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini