comscore
Tumpuan :
Jenayah

PEMBALAKAN HARAM | 300 Tan Kayu Balak Dirampas

Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sejumlah 300 tan kayu balak haram pelbagai jenis dianggarkan bernilai lebih RM500,000 di Kanowit, Sarawak.

Rampasan dijalankan Unit Risik Batalion 10, PGA Sibu, menerusi satu serbuan dan pemeriksaan sebuah kawasan pembalakan di Nanga Lupus, semalam.

Dua orang lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 dan diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan Sarawak Wilayah Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini