comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemandu mabuk beri alasan tak masuk akal

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan oleh penagih tegar alkohol yang ditahan ketika memandu oleh anggota Jabatan Siasatan Polis Trafik, sempena sambutan Krismas, malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JSPT Johor, semua pemandu mabuk lebih mementingkan diri sendiri apabila memandu di bawah pengaruh alkohol.

Susulan itu lebih 19 individu ditahan dalam Ops Mabuk yang dijalankan secara serentak sempena sambutan Krismas malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) APJ 1987.

Ops Mabuk adalah operasi rutin yang dijalankan JSPT Johor khususnya pada malam minggu.

Sejak Januari lalu, hampir 700 individu telah diambil tindakan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

JSPT katanya tidak akan berkompromi dengan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol kerana ia boleh membahayakan nyawa pemandu lain.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini