comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemain bola acu kerambit akan didakwa dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak amatur yang mengacukan objek tajam ke arah pemain lain akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Ia susulan perselisihan faham ketika perlawanan di KLFA Football Centre yang berlaku pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail, berkata kertas siasatan sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur.

“Cadangan pertuduhan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Tarikh pertuduhan akan dikemukakan kelak. Suspek kini dibebaskan dengan jaminan selepas tamat reman hari ini manakala teman wanita suspek masih dalam tahanan Jabatan Imigresen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya berusia 21 tahun oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sebuah rumah di Klang kira-kira jam 6.30 petang.

Hasil siasatan, suspek mengaku mengeluarkan kerambit bagi mempertahankan diri dalam kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini