comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pegawai MB Dibebaskan Berhubung Ciapan Sinis Di Media Sosial

| Oleh Baharuddin Mohamed

ALOR GAJAH : Polis membebaskan pegawai Menteri Besar Selangor, Jay Jay Denis selepas selesai siasatan berhubung ciapan sinis melalui Twitter miliknya terhadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, lelaki itu dibebaskan semalam selepas keterangan diambil dan proses siasatan berhubung akaun Twitter miliknya selesai.

Menurut beliau, Jay Jay sebelum itu dibawa dari Klang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bagi membantu siasatan berkaitan satu laporan polis yang dibuat terhadapnya.

“Laporan itu ekoran posting video yang dimuatnaik ke aplikasi Twitter pada 6 November lalu terhadap TYT Melaka sebelum penama telah dibebaskan setelah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan berjalan.

“Pihak polis memohon kepada semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang mengelirukan bagi memberi ruang siasatan secara adil dan telus terhadap kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Arshad, kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Media 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian komunikasi.

Loading...
Terkini