comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pasar raya jadi lubuk PATI

KULAI: “Tak pasti la..”

“Tak tahu..lupa.”

Itu antara alasan yang diberi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyalahgunakan pas atau permit kerja di Johor.

Sebanyak 290 kes direkodkan khususnya di negeri ini, dari bulan Januari hingga Julai 2024.

Susulan itu, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor memantapkan Op Mega yang turut disertai 999, dengan menjalankan serbuan di sebuah pasar raya sekitar Kulai, Johor, baru-baru ini.

Tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa, pemantauan di pasar raya tersebut berjaya membongkar kebanjiran PATI yang disyaki bekerja tanpa permit sah.

Mereka didapati bekerja di beberapa premis seperti pasar basah, pusat urut dan medan selera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 999 TV3 (@999tv3)

Seorang wanita warga tempatan dipercayai majikan di salah satu premis itu mendakwa tidak mengetahui kesahihan permit kerja berkenaan.

“Dia tolong sikit-sikit je.. saya pun tak pasti (berapa lama menggaji warga asing), sejak dia ada permit la kot,” katanya yang cuba berdalih ketika ditanya.

Majikan berusia 40 tahun itu disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan melindungi PATI.

Pemeriksaan di pusat urut pula mengakibatkan seorang anggota penguat kuasa mengalami pendarahan teruk di kepala, akibat bergelut dengan seorang pekerja asing yang cuba melarikan diri ketika serbuan.

Secara keseluruhannya, seramai 123 PATI berusia antara 20 hingga 65 tahun berjaya ditahan dalam operasi ini.

Tonton laporan khas ‘Pasar raya jadi lubuk PATI’ dan pelbagai rangkuman kes sepanjang minggu dalam program 999 malam ini di TV3.

Program 999 bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam dan strim sekarang melalui Tonton!

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini